• Dragon Ball

    Dragon Ball bercerita tentang seorang bocah bernama Goku yang hidup di tengah gunung sendirian. Dia lalu bertemu dengan Bulma, seorang gadis muda jenius, yang berusaha mengumpulkan 7 bola ajaib yang katanya bisa mengabulkan semua keinginan. Bola-bola tersebut dinamakan Dragon Ball.

  • My Poto

    Disini, aku upload semua poto-poto dari bermacam kegiatan, mulai dari my journal life sampe aktivitas formalku. bagi loe-loe smua yang sempat mampir di my blog, pliiiss... . ?

  • PP. Syaikhona Kholil II

    PP. Syaikhona Kholil II adalah salah satu pesantren terbesar di madura, pesantren ini didirikan oleh KH. Moh. Kholil AG, beliu cucu dari guru besar SYAIKHONA KHOLIL atau lebih dikenal dengan panggilan MBAH HOLIL “PP Syaikhona Kholil II” ditempat ini berbagai ilmu diajarkan, baik ilmu agama, umum, hingga ilmu tata krama.

  • mig33 channel

    mig33 dirilis pada bulan Desember 2005 sebagai komunitas Internet mobile pertama dan telah menyebar ke seluruh dunia dengan cepat

Wasiat" dan Nasehat

Wasiat Nabi junjungan kepada Saidina Ali R.A

 Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya: 

  • Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 
  • Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 
  • Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya: 


  • Jujur dalam berkata-kata 
  • Menjauhi segala yang haram 
  • Merendahkan diri
Wahai Ali,
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya: 


  • Takut berlaku dusta dan keji 
  • Menjauhi kejahatan 
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya: 


  • Merahsiakan ibadahnya 
  • Merahsiakan sedekahnya 
  • Merahsiakan ujian yang menimpanya 
Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya: 


  • Mengawasi dirinya 
  • Menghisab dirinya 
  • Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
10 Wasiat Luqman Hakim
  • Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat
  • Berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu. 
  • Sekiranya engkau seorang yang soleh, jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah, engkau turut menjadi mangsanya. -Luqman Hakim
  • Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu. 
  • Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja. 
  • Dunia ini bagaikan lautan yang dalam yang mana sudah ramai mereka yang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu,jadikanlah taqwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.
  • Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman.
  • Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu: 
       -Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.
       -Orang yang berani melainkan ketika berperang.
       -Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan 
        pertolongan daripada mereka.
  • Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.
  • Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu: 
        -Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka.
        -Memuji-muji kawannya apabila berada berasama mereka.
        -Merasa gembira jika kawannya ditimpa bala. 

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
  • Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
  • Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara-perkara yang tidak berfaedah.
  • Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah merupakan syiar-syiar Islam.
  • Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan jua pun.
  • Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
  • Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  • Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
  • Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
  • Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  • Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
Imam al-Ghazali 
pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
  • Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
       -Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau 
        pihak lain
       -Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain 

       -Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada 
        kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
  • Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah
  • Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya 

Imam al-Ghazali 
pernah berpesan agar dilakukan 4 perkara berikut agar dapat cantikkan akhlak iaitu :
  • Bermu'amalat atau berurusanlah dengan Allah sebagaimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu. Kami tidak berasa bingung atau marah dengannya.Apa yang kamu tidak suka dilakukan oleh orang bawahanmu maka Allah juga tidak suka perlakuan sedemikian kerana Allah itu adalah Tuhanmu yang hakiki
  • Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain maka perbuatlah sebagaimana kamu mahu diperbuat ke atas dirimu kerana tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya
  • Sekiranya kamu hendak mempelajari sesuatu maka pilihlah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menghidupkan jiwamu. Sekiranya kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi nescaya kamu hanya mempelajari ilmu untuk mengawasi hatimu dan berusaha melepaskan diri daripada belenggu dunia  
  • Jangan mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk tempoh setahun kerana Rasulullah s.a.w sendiri hanya menyediakan bekalan terhadap isteri-isteri baginda untuk tempoh sehari setengah sahaja.  
10 Pesanan Untuk Nabi Musa

ABUL-LAITS Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya daripada Jabir bin Abdillah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Allah telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran pesanan dalam 10 perkara:

  • Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan suatu apa pun bahawa Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang Musyrikin. 
  • Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu daripada sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik. 
  • Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka. 
  • Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak menyucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku. 
  • Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang lain, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan itu, maka bukan daripada-Ku. 
  • Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka. 
  • Jangan mencuri dan jangan berzina dengan isteri jiran tetangga sebab niscaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya. 
  • Jangan menyembelih korban untuk selain daripada-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku. 
  • Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. 
  • Jadikan Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa dan Allah memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku.”